Selasa, 10 November 2009

Profil

BIODATA PASUKAN KAWAD KAKI SK. BANDAR TENGGARA 1


Pasukan Kawad Kaki SK.Bandar Tenggara 1 ditubuhkan pada tahun 2000. Penubuhan ini dicetuskan oleh Guru Besar pada ketika itu iaitu Tn. Hj. Mukhatar b. Hassim. Pasukan kawad kaki ini dibimbing dan dilatih oleh En. Md Salam b. Rohani serta mempunyai kekuatan anggota seramai 37 orang murid gabungan Tahun 4, 5 dan 6.

Penglibatan yang bermula pada tahun 2001 telah menempuh pelbagai ujian dan keadaan. Pasukan ini telah membuktikan keupayaan mereka dengan memenuhi harapan semua warga SKBT1, Zon Bandar Tenggara, Daerah Kulai dan Negeri Johor dengan mencapai kejayaan demi kejayaan dari semua peringkat pertandingan.

Sepanjang menyertai pertandingan Kawad Kaki bermula dari tahun 2001, pasukan ini telah meraih banyak kejayaan yang cemerlang iaitu sebagai Johan peringkat Zon 7 tahun berturut-turut, Johan Peringkat Daerah 7 tahun berturut-turut dan Johan Peringkat Negeri 5 tahun berturut-turut. Manakala di Peringkat Kebangsaan , sepanjang 5 tahun dipertandingkan, Pasukan ini telah mencapai kejayaan yang gemilang iaitu menduduki tempat ke-3 pada tahun 2005, tempat kedua pada tahun 2006 dan menjadi Johan Peringkat Kebangsaan sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2003, 2004, pada tahun 2007 dan 2008 di Kelantan danb yang terbaru mendapat naib johan di Negeri Sembilan.

Sesungguhnya kejayaan yang cemerlang ini telah melonjakkan nama Pasukan Kawad ini hingga menjadi sebutan disetiap pelusuk negeri dan negara.Lantaran itu Pasukan Kawad Kaki SKBT1 sering menerima jemputan bagi mengadakan persembahan di majlis-majlis anjuran PPD dan JPN Johor serta majlis Sambutan Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun. Pasukan Kawad Kaki SK.Bandar Tenggara 1 adalah lambang kejayaan dan kebanggaan warga Kulai keseluruhannya.

Tiada ulasan: