Selasa, 10 November 2009

Profil jurulatih

BIODATA EN. MD. SALAM BIN ROHANI

Md. Salam bin Rohani dilahirkan pada 1973 di Felda Sg. Sayong. Mendapat pendidikan awal di SK.Sg. Sayong hingga darjah 6. Beliau melanjutkan pelajaran peringkat menegah di SMK Sultan Alaudin hingga Ting. 5 dan seterusnya ke tingkatan Enam di SMK Sultan Ibrahim, Kulai. Minat yang mendalam dalam bidang perguruan telah mendorong beliau untuk memasuki Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim dari tahun 1994 hingga tahun 1997.

Beliau telah ditempatkan untuk mengajar di SK.Bandar Tenggara 1 pada pertegahan tahun 1997. Beliau memulakan tugas di sekolah ini sebagai Guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaranlah . Penglibatan serius beliau dalam bidang Ko-Kurikulum bermula pada tahun 2000, dimana beliau telah diberi tanggungjawab untuk membentuk sebuah pasukan Kawad Kaki. . Tanggungjawab berat yang diberi ini disambut dengan penuh keazaman dan kesungguhan. Walaupun pada dasarnya bidang ini merupakan bidang yang baru bagi dirinya, namun semua itu tidak menjadi halangan untuknya.

Beliau telah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan pasukan yang dibimbingnya mencapai kejayaan yang dicari. Penyertaan beliau kali pertama pada tahun 2001 telah membawa Pasukan Kawad Kaki SK.Bandar Tenggara 1 menjadi Johan Peringkat Daerah Kulai. Walaupun gagal menyerlah pada penampilan kali pertama bertanding di Peringkat Negeri , beliau tidak berputus asa malah azam dan tekad beliau untuk melihat Pasukan Kawad Kaki dibawah bimbinganya menjadi juara semakin menebal. Akhirnya pada tahun 2003 buat kali pertamanya Pasukan Kawad Kaki SKBT1 muncul Johan Peringkat Negeri Johor.Semenjak daripada itu tahta kejuaraan tetap utuh menjadi milik pasukan beliau hingga ke hari ini.




Detik kecemerlangan beliau tidak terhenti setakat itu sahaja. Pasukan Kawad Kaki SKBT1 di bawah bimbingannya adalah Johan edisi pertama apabila pertandingan Kawad Kaki mula dipertandingkan di Peringkat Kebangsaan pada tahun 2003. Sepanjang lima tahun pertandingan peringkat kebangsaan diadakan, beliau telah berjaya membawa pasukan kendaliannya menjadi Johan sebanyak 3 kali ( 2003, 2004 dan 2007) sekali ditempat kedua dan sekali ditempat ketiga.

Kewibawaan Cikgu Md. Salam tidak dapat disangkal lagi hingga beliau dicemburui oleh kawan dan lawan. Hasil usaha gigih yang beliau curahkan, maka beliau telah menerima beberapa pengiktirafan dari pelbagai pihak antaranya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2003 dan Tokoh Guru Cemerlang Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Bandar Tenggara di samping penghargaan-penghargaan daripada PPD Kulai dan JPN Johor di atas segala sumbangan yang telah beliau berikan untuk mengharumkan nama Daerah Kulai dan Negeri Johor.

Tiada ulasan: