Selasa, 22 Disember 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI , KEDAH .
Tarikh : 23-27/12/2009
Tempat berkumpul di SKBT 1 23/12/2009 jam 6.00 petang . 

Pasukan Kawad kaki SKBT 1 Tahun 2009 mendapat hadiah dari pihak Pejabat Pelajaran Daerah KulaiJaya sempena kejayaan pasukan ini mengharumkan nama daerah KulaiJaya dan Negeri Johor .Tahniah dan terima kasih kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah KulaiJaya . Sila berkumpul tepat pada waktunya ini kerana taklimat keselamatan akan diberikan oleh Cikgu Md Salam Bin Rohani . Masa bertolak jam 7.00 petang .
Jika terdapat sebarang kemusykilan sila hubungi pihak Skbt 1 07-8961189 untuk maklumat selanjutnya ..

JAMUAN AKHIR TAHUN PASUKAN KAWAD KAKI SKBT1 19-11-2009 BERTEMPAT DI ELLA SEAFOOD , BANDAR TENGGARA

JAMUAN AKHIR TAHUN PASUKAN KAWAD KAKI SKBT 1

Cikgu khairi dan Cikgu Salam




Adik Farid menerima hadiah berupa wang tunai kerana berjaya mendapat keputusan cemerlang upsr 5 A .
Antara yang mendapat hadiah .


 
Program ini adalah penutup bagi tahun 2009 Pasukan Kawad kaki Skbt 1.Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid yang hadir dan menjayakan program ini .

HARI ANUGERAH DAN GRADUASI TAHUN 6




Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang mendapat 5 A.
Farid Izuddin Bin Zulkifli
Tokoh Kokurikulum
Ketua Platun Pasukan Kawad Kaki
Cemerlang 5 A


Adik Farid dan Cikgu Salam


Cikgu Md Salam dan trofi pertandingan Kawad Kaki
Berkat doa,usaha dan tawakal seorang guru , Tahniah kami warga Skbt 1 sentiasa mendoakan kejayaan Cikgu Salam.

PERSEMBAHAN KOIR PASUKAN KAWAD KAKI SKBT 1 20-11-2009


Hari Anugerah 2009 diceriakan oleh Pasukan Kawad Kaki dengan persembahan yang mantap.

Pelbagai kaum.
Bersemangat dan ceria.

 

Selasa, 17 November 2009

Hari Anugerah

Persiapan hari anugerah,pasukan kawad kaki di beri kepercayaan untuk membuat persembahan.bertarikh pada 19/11/2009 di Skbt 1.Nantikan laporan seterusnya di blog ini.

Isnin, 16 November 2009


Terima Kasih diucapkan kerana menjadi follower pertama kami Admin(C.Salam)

Selasa, 10 November 2009

Profil jurulatih

BIODATA EN. MD. SALAM BIN ROHANI

Md. Salam bin Rohani dilahirkan pada 1973 di Felda Sg. Sayong. Mendapat pendidikan awal di SK.Sg. Sayong hingga darjah 6. Beliau melanjutkan pelajaran peringkat menegah di SMK Sultan Alaudin hingga Ting. 5 dan seterusnya ke tingkatan Enam di SMK Sultan Ibrahim, Kulai. Minat yang mendalam dalam bidang perguruan telah mendorong beliau untuk memasuki Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim dari tahun 1994 hingga tahun 1997.

Beliau telah ditempatkan untuk mengajar di SK.Bandar Tenggara 1 pada pertegahan tahun 1997. Beliau memulakan tugas di sekolah ini sebagai Guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaranlah . Penglibatan serius beliau dalam bidang Ko-Kurikulum bermula pada tahun 2000, dimana beliau telah diberi tanggungjawab untuk membentuk sebuah pasukan Kawad Kaki. . Tanggungjawab berat yang diberi ini disambut dengan penuh keazaman dan kesungguhan. Walaupun pada dasarnya bidang ini merupakan bidang yang baru bagi dirinya, namun semua itu tidak menjadi halangan untuknya.

Beliau telah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan pasukan yang dibimbingnya mencapai kejayaan yang dicari. Penyertaan beliau kali pertama pada tahun 2001 telah membawa Pasukan Kawad Kaki SK.Bandar Tenggara 1 menjadi Johan Peringkat Daerah Kulai. Walaupun gagal menyerlah pada penampilan kali pertama bertanding di Peringkat Negeri , beliau tidak berputus asa malah azam dan tekad beliau untuk melihat Pasukan Kawad Kaki dibawah bimbinganya menjadi juara semakin menebal. Akhirnya pada tahun 2003 buat kali pertamanya Pasukan Kawad Kaki SKBT1 muncul Johan Peringkat Negeri Johor.Semenjak daripada itu tahta kejuaraan tetap utuh menjadi milik pasukan beliau hingga ke hari ini.




Detik kecemerlangan beliau tidak terhenti setakat itu sahaja. Pasukan Kawad Kaki SKBT1 di bawah bimbingannya adalah Johan edisi pertama apabila pertandingan Kawad Kaki mula dipertandingkan di Peringkat Kebangsaan pada tahun 2003. Sepanjang lima tahun pertandingan peringkat kebangsaan diadakan, beliau telah berjaya membawa pasukan kendaliannya menjadi Johan sebanyak 3 kali ( 2003, 2004 dan 2007) sekali ditempat kedua dan sekali ditempat ketiga.

Kewibawaan Cikgu Md. Salam tidak dapat disangkal lagi hingga beliau dicemburui oleh kawan dan lawan. Hasil usaha gigih yang beliau curahkan, maka beliau telah menerima beberapa pengiktirafan dari pelbagai pihak antaranya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2003 dan Tokoh Guru Cemerlang Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Bandar Tenggara di samping penghargaan-penghargaan daripada PPD Kulai dan JPN Johor di atas segala sumbangan yang telah beliau berikan untuk mengharumkan nama Daerah Kulai dan Negeri Johor.

Profil

BIODATA PASUKAN KAWAD KAKI SK. BANDAR TENGGARA 1


Pasukan Kawad Kaki SK.Bandar Tenggara 1 ditubuhkan pada tahun 2000. Penubuhan ini dicetuskan oleh Guru Besar pada ketika itu iaitu Tn. Hj. Mukhatar b. Hassim. Pasukan kawad kaki ini dibimbing dan dilatih oleh En. Md Salam b. Rohani serta mempunyai kekuatan anggota seramai 37 orang murid gabungan Tahun 4, 5 dan 6.

Penglibatan yang bermula pada tahun 2001 telah menempuh pelbagai ujian dan keadaan. Pasukan ini telah membuktikan keupayaan mereka dengan memenuhi harapan semua warga SKBT1, Zon Bandar Tenggara, Daerah Kulai dan Negeri Johor dengan mencapai kejayaan demi kejayaan dari semua peringkat pertandingan.

Sepanjang menyertai pertandingan Kawad Kaki bermula dari tahun 2001, pasukan ini telah meraih banyak kejayaan yang cemerlang iaitu sebagai Johan peringkat Zon 7 tahun berturut-turut, Johan Peringkat Daerah 7 tahun berturut-turut dan Johan Peringkat Negeri 5 tahun berturut-turut. Manakala di Peringkat Kebangsaan , sepanjang 5 tahun dipertandingkan, Pasukan ini telah mencapai kejayaan yang gemilang iaitu menduduki tempat ke-3 pada tahun 2005, tempat kedua pada tahun 2006 dan menjadi Johan Peringkat Kebangsaan sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2003, 2004, pada tahun 2007 dan 2008 di Kelantan danb yang terbaru mendapat naib johan di Negeri Sembilan.

Sesungguhnya kejayaan yang cemerlang ini telah melonjakkan nama Pasukan Kawad ini hingga menjadi sebutan disetiap pelusuk negeri dan negara.Lantaran itu Pasukan Kawad Kaki SKBT1 sering menerima jemputan bagi mengadakan persembahan di majlis-majlis anjuran PPD dan JPN Johor serta majlis Sambutan Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun. Pasukan Kawad Kaki SK.Bandar Tenggara 1 adalah lambang kejayaan dan kebanggaan warga Kulai keseluruhannya.

Ahad, 8 November 2009


JAWATAN KUASA PASUKAN KAWAD KAKI SKBT1

PENAUNG
EN MOHAMMED YUSSOF BIN HUSSAIN
GURU BESAR SK BANDAR TENGGARA 1

PENGERUSI
TN HAJI MUHAMAD NOH BIN SAPAR
GURU PENOLONG KANAN KO KURIKULUM

NAIB PENGERUSI
PN.UMI KALTHUM BTE MOKHTAR
PN HAJAH SALIMAH BTE RAHMAT

PENYELARAS DAN JURULATIH
EN MD SALAM BIN ROHANI

PENOLONG JURULATIH
EN MOHD ZAINAL ABIDIN BIN KAMARUDDIN

PENOLONG JURULATIH
EN S.RUDIN BIN MUHAYA

BENDAHARI
CIK FAUZIAH AHMAD RAJINI

JAWATAN KUASA MAKAN/MINUM
PN NORIZA BTE TAIB
PN NORAINI BTE WAHAB

JAWATAN KUASA
EN SAIFUL BAHRI BIN MISLAH
EN AHMAD ZAINI BIN HARUN
PN HJH RUMINAH BTE SIMON
PN SHAMSIAH BINTI HUSSEIN








Assalamualaikum w.b.t

Selamat Datang ke laman blog Pasukan Kawad kaki Skbt1,Anda dialu-alukan berkongsi maklumat dan memberi komen untuk meningkatkan kualiti blog ini.Admin.